Thursday 21 April 2011

6P untuk pujuk isteri yang merajuk...tanpa adiah2 mahal..... (*__*)

tadi belek2 beautifulnara punyer blog, ternampak la rahsia 6P untuk memenangi hati seorang wanita....

tetiba plak my otak  fikir 6P untuk pujuk isteri yang merajuk eheheheheh...


1)  PANDANG (mula2 sekali pandangla pada si isteri, pandangla matanyer ker, tahi lalatnyer ker atau tahi giginyer ker... tempat yang hang pa tertarik time cinta dolu2 )

2) PANGGIL (da pandang tu u oll panggil la isteri dengan panggila manja, kalo isteri kat dapur, panggila suh datang dekat, xkanla nak pujuk masing2 duduk sebatu......adoyai )

3) PEGANG (bila isteri da datang dekat, hang pa semua pegang la tangan dia, amek tangan dia yang lembut @kalo tak lembut ang pa pura2la tangan wife ang pa  lembut, ke dada u all....macam mula2 cinta dolu)

4) PUJUK ( time pujuk ni ,tanyala apa yang patut,,,kot2 korang semua ader main kayu api ker, curang ker, or terlupa beli ubat gigi ke sampai isteri u all majuk kan)---- proses ini mungkin mengambil masa yang agak lamer yer..... adegan baling2 tudung periuk kemungkinan juga ader.. ciri2 keselamatan harus diutamakan

5) PELUK (selsesai sahaja no.4 sila ke no.5  yer semua..... so bila da icebreaking dengan segala masalah...... u all pun peluk la isteri tanda sayang u all kat wife...mesti isteri hang pa bertambah cayanggggggg kat u all... )

dan yang no.6 adalah....... PEACE....heeehehehhe berdamai lah....kalo da berdamai n berpeluk tu faham2 sendiri la yer semua....... kira da aman la rumah tangga korang.....ameen...

tapi bagi si suami2 yang isterinyer masih lagi tunjuk muncung 14 walopun dah follow step2 ini..... hang pa cuba no .7 plak no..... iaitu hang pa bagi PENUKU sahaja pada isteri2 hang pa tu @ sekeh jer kepala wife hang pa tuh..... mengado sangat orang da pujuk pun masih nak mengada,,,,,,,,, (*^*)


p/s:  nasib baik bagi penuku kalo bagi bagi madu??????? siapa nak jawab???

pesanan penaja: entry ini hanya gurauan sahaja jangan marah n terasa k.... calam cayang Semua...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)

1 comment:

  1. apakah? kenapa num 2? ish3. haha. awe, welcome to be-log! :D

    ReplyDelete